Polici Sulit
Corsa Capital Investments menghormati bahawa setiap individu mempunyai hak privasi. Kami mengutamakan perhubungan dengan anda, dan kami mengambil kira maruah untuk menetapkan kesetiaan dan menghormati bahawa setiap pelanggan kami dengan menyediakan anda dengan sistem keselamatan. Peruntukan-peruntukan notis ini telah digunakan ke atas bekas pelanggan-pelanggan serta pelanggan-pelanggan sekarang.
MAKLUMAT PERIBADI
Apabila anda memohon untuk atau menetapkan “live” atau akaun “demo” dengan Corsa Capital, kami mengambil maklumat peribadi anda untuk tujuan perniagaan, seperti menilai keperluan kewangan anda, memproses permintaan dan transaksi, memberi maklumat mengenai produk dan perkhidmatan yang mungkin anda berminat, dan menyediakan perkhidmatan pelanggan. Maklumat tersebut mungkin termasuk:
- Maklumat permohonan – maklumat yang telah anda berikan kepada kami semasa membuat permohonan dan bentuk lain seperti nama, maklumat perhubungan, alamat surat-menyurat, tarikh lahir, pekerjaan, aset dan pendapatan;
- Maklumat transaksi – maklumat mengenai transaksi anda dengan kami dan dengan affiliate anda serta maklumat mengenai perhubungan akmi dengan anda. Contohnya memasukkan baki akaun anda, aktiviti “trading”, pertanyaan anda, dan maklumbalas kami;
- Maklumat pengesahan – maklumat mustahak untuk pengesahan identiti anda seperti pasport atau lesen memandu. Contoh termasuk maklumat latar belakang anda yang kami terima daripada rekod umum atau daripada sumber lain yang tidak berkaitan dengan Corsa Capital. Polisi Anti-Cucian Duit memerlukan kami mendapatkan maklumat dan mengambil tindakan mustahak untuk mengesahkan identiti anda;
- Maklumat mengenai langganan anda, seperti isyarat, berjaga-jaga, kategori berita dan harga langganan.
MENGENAI COOKIES
Cookies adalah sejenis fail kecil yang mengandungi maklumat yang mampu mengesan pengunjung. Corsa Capital akan memasukkan dan akses Corsa Capital cookies ke dalam komputer anda, ia untuk membenarkan kami bagi memahami pengiklanan dan promosi untuk pengguna ke laman web kami. Corsa Capital atau mana-mana bahagiannya akan menggunakan cookies sebagai hubungan kepada produk Corsa Capital dan perkhidmatannya untuk mengesan aktiviti di laman web kami. Seperti maklumat yang kami dapat dan kongsi akan diklasifikasikan sebagai tiada nama dan tidak akan dikenalpastikan.
TEKNOLOGI KESELAMATAN
Corsa Capital menggunakan Secure Socket Layer (SSL) teknologi penyulitan untuk menjaga sesetengah maklumat yang anda telah hantar. Teknologi jenis ini menjaga maklumat anda daripada dicerobohi oleh orang lain selain daripada Corsa Capital semasa sedang di hantar kepada kami. Kami sentiasa bekerja keras untuk memastikan laman web kami berada di dalam keadaan yang selamat dan menepati standard piawaian industri. Kami juga menggunakan bentuk keselamatan yang lain seperti firewalls, sistem pengesahan ( sebagai contoh kata laluan dan pengenalpastian nombor perseorangan) dan mengakses mekanisme kawalan untuk mengawal akses yang tidak dibenarkan ke dalam sistem dan data.
BERKONGSI MAKLUMAT DENGAN AFFILIATE KAMI
Kami akan berkongsi maklumat peribadi yang telah diterangkan sebentar tadi dengan affiliate kami bagi tujuan kepentingan perniagaan, seperti perkhidmatan akaun pelanggan dan pemberitahuan kepada pelanggan tentang produk dan perkhidmatan terbaru kami, dan yang telah diluluskan oleh undang-undang. Affiliate kami akan menyertakan kawalan syarikat atau syarikat-syarikat yang kami miliki. Maklumat yang kami kongsi dengan affiliate kami termasuklah maklumat-maklumat seperti nama anda, alamat dan maklumat akaun. Affiliate kami sentiasa mengekalkan privasi ke atas maklumat peribadi anda selaras dengan kehendak Corsa Capital.
PERKONGSIAN MAKLUMAT DENGAN PIHAK KETIGA
Corsa Capital tidak akan sesekali mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga, kecuali seperti yang telah dinyatakan di dalam polisi ini. Pendedahan maklumat kepada pihak ketiga iaitu dengan syarikat bukan affiliate kami yang menjalankan perkhidmatan sokongan untuk akaun anda atau mempermudahkan transaksi anda dengan Corsa Capital, termasuklah mereka yang menawarkan khidmat professional, pengesahan, atau penasihat kewangan untuk Corsa Capital. Syarikat bukan affiliate yang membantu Corsa Capital dalam menyediakan perkhidmatan kepada anda dikehendaki supaya mengekalkan maklumat yang diterima secara rahsia dan hanya menggunakan maklumat peribadi anda untuk menyediakan perkhidmatan dan apa-apa tujuan setelah mendapat arahan daripada Corsa Capital sahaja.
Kami boleh juga mendedahkan maklumat peribadi anda untuk pihak ketiga bagi memenuhi permintaan atau selaras dengan kehendak anda.
Kami juga mahu anda tahu bahawa Corsa Capital tidak akan menjual maklumat peribadi anda.
PENDEDAHAN REGULATORI
Di dalam keadaan yang terhad, Corsa Capital boleh mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga seperti yang dibenarkan, atau yang telah dipatuhi dengan, undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, kami boleh mendedahkan maklumat peribadi anda untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dan undang-undang regulatori agensi-agensi penguatkuasaan untuk mematuhi pemerintahan atau permintaan-permintaan pembesar lain, sebagai melindungi hak dan harta kami. Seperti ayng telah di nyatakan di privasi polisi, kami tidak akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan lain melainkan kami terpaksa menggunakan maklumat tersebut semasa anda dedahkan kepada kami atau setelah kami mendapatkan persetujuan daripada anda.
TANPA PEMILIHAN
Anda tidak dikehendaki untuk menyediakan maklumat peribadi yang kami minta. Walaubagaimanapun, kegagalan untuk berbuat demikian mungkin akan mengakibatkan kesusahan kepada anda sekiranya anda gagal untuk membuka akaun atau mengekalkan akaun atau menawarkan perkhidmatan kepada anda. Sementara akmi menyediakan kemudahan untuk memastikan semua maklumat anda yang kami simpan adalah tepat, lengkap dan terkini, anda boleh membantu kami dalam hal ini, dengan segera memberitahu kami jika ada apa-apa perubahan untuk maklumat peribadi anda.